Tiga fakulti UBD berentap

Tiga fakulti UBD berentap

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mac – Tiga fakulti Universiti Brunei Darussalam (UBD) iaitu SBE, FOS dan FIT, hari ini, menyertai Pertandingan Antara Fakulti sempena Minggu Aspirasi Islam (IAW) yang berlangsung di Dewan Hal Ehwal Pelajar, UBD, di sini.

Hadir menyaksikan pertandingan itu ialah Dekan Pelajar UBD, Awang Saidai bin Haji Hitam dan wakil-wakil Majlis Perwakilan Pelajar UBD 2015/2016.

Pertandingan anjuran empat kelab di bawah Eksekutif Keagamaan dan Kerohanian (EKK) yang bertemakan ‘The Unseen Garden’ adalah sebahagian daripada aktiviti IAW.

Antara lain tujuannya adalah bagi mempromosikan kesedaran awam akan keindahan Islam secara keseluruhan dan memberi galakan untuk berfikiran terbuka, di samping membangun kreativiti termasuk untuk menjadi pemikir kritikal dalam kalangan pelajar UBD.

Awang Saidai dan ahli jawatankuasa EKK yang lain menyaksikan persembahan peserta pertandingan.
Awang Saidai dan ahli jawatankuasa EKK yang lain menyaksikan persembahan peserta pertandingan.
Persembahan nyanyian daripada salah sebuah kumpulan.
Persembahan nyanyian daripada salah sebuah kumpulan.

Dengan adanya program ini, ia memberi lebih banyak peluang untuk memperkenalkan dan meningkatkan hubungan di antara EKK, orang awam dan pelajar seterusnya memberi galakan kepada ahli jawatankuasa dan sukarelawan untuk ikut serta dalam menimbulkan minat dalam Islam.

IAW ini juga platform sebagai usaha mencapai visi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menjadikan negara ini sebuah Negara Zikir.

ARTIKEL YANG SAMA