Tiga gol julang Dortmund

Tiga gol julang Dortmund

pg22_160301_a

BERLIN, 29 Feb (AFP) – Pierre-Emerick Aubameyang (gambar) sekali lagi meledak gol bagi membantu Borussia Dortmund mencipta kemenangan 3-1 ke atas Hoffenheim dalam saingan Bundesliga, awal pagi tadi.

Dortmund menjaringkan tiga gol dalam tempoh 10 minit selepas bangkit daripada ketinggalan untuk mengatasi lawan yang beraksi dengan 10 pemain.

Kapten Hoffenheim, Sebastian Rudy meletakkan pasukannya di depan pada babak pertama sebelum dibuang padang dan hanya baki 10 minit perlawanan menyelamatkan tuan rumah daripada menerima kekalahan pertama di gelanggang sendiri musim ini.

Permainan jelas berubah selepas Rudy dilayangkan kad merah-pada hari lahir ke-26 kerana menjatuhkan Aubameyang pada minit ke-58.

Pemain sayap, Henrikh Mkhitaryan menggunakan kesempatan itu untuk menjaringkan gol penyamaan buat Dortmund pada minit ke-80 sebelum pemain gantian, Adrian Ramos menanduk masuk bola hantaran lintang Lukasz Piszczek pada minit ke-85 minit untuk gol kedua.

Mkhitaryan kemudian menjadi perancang kepada gol ketiga selepas memperdaya penjaga Hoffenheim, Oliver Baumann sebelum melorongkan bola untuk Aubameyang menjaringkan gol pada masa kecederaan.

“Kami bermula dengan sangat baik, tetapi kemudian hilang rentak,” kata jurulatih Dortmund, Thomas Tuchel.

“Kami bekerja keras untuk meraih kemenangan itu, jadi ia adalah satu kemenangan yang terbaik dan sangat penting.”