Tiga insan menerima hidayah

Tiga insan menerima hidayah

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 2 Mac – Seorang lelaki berbangsa Iban dan dua wanita berbangsa Cina, hari ini, telah melafazkan dua kalimah syahadah dalam majlis pengislaman yang berlangsung di pejabat Unit Dakwah Daerah Belait di sini.

Pengislaman ketiga-tiga mereka turut disaksikan oleh penolong-penolong ketua Unit Dakwah Daerah Belait, Haji Mohd Nazir bin Haji Othman dan Hajah Salimah binti Haji Hassan.

Pada majlis pengislaman itu, Awang Rafizan Anak Romeo, 22, kini dikenali sebagai Mohd Rafizan bin Abdullah Romeo, manakala itu, Dayang Wong Chee Ping, 39, kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Siti binti Abdullah Wong dan Dayang Wong Ai Ling, 6, memilih nama Islamnya sebagai Nur Ai Ling Abdullah Wong. Menurut Unit Dakwah Daerah Belait, sejak 1 Januari lalu sehingga hari ini, seramai 21 orang telah memeluk agama Islam di daerah ini.

Suasana ketika majlis pengislaman mereka bertiga.
Suasana ketika majlis pengislaman mereka bertiga.