Tiga insan terima hidayah

Tiga insan terima hidayah

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

 KUALA BELAIT, 5 Okt – Dua orang wanita berbangsa Dusun dan seorang lelaki berbangsa Cina telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah, dalam majlis pengislaman yang berlangsung di Pejabat Unit Dakwah Daerah Belait, di sini, hari ini.

Dua orang wanita adik-beradik itu, Dayang Saferizuanna binti Subli, 22, kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Dayang Nur Syazuanna binti Abdullah Subli, manakala adiknya Dayang Nur Zahirah binti Subli, 16, telah memilih nama Islamnya sebagai Dayang Nur Zahirah binti Abdullah Subli.

Manakala itu, sepupu mereka Chong Viscoon, 12, yang berbangsa Cina telah memilih nama Islamnya sebagai Awang Shahrif bin Abdullah Chong.

Ketika majlis pengislaman tersebut berlangsung.
Ketika majlis pengislaman tersebut berlangsung.

Dayang Nur Syazuanna yang masih bujang kini bekerja di Kantin BLNG, manakala adiknya Dayang Nur Zahirah masih menuntut di Sekolah Menengah PJN Pengiran Haji Abu Bakar, Mumong dan Awang Muhammad Shahrif pula masih menuntut di Sekolah Rendah Bukit Sawat, Labi.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Ketua Unit Dakwah Daerah Belait, Haji Roslan bin Haji Ratu yang juga telah menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada ketiga-tiga saudara baru di majlis berkenaan.

Dari awal Januari sehingga penghujung bulan September tahun ini, Daerah Belait telah mencatatkan seramai 87 orang saudara baru, manakala pada tahun lalu seramai 96 orang.

ARTIKEL YANG SAMA