Tiga kematian dikaitkan dengan Zika di Venezuela

Tiga kematian dikaitkan dengan Zika di Venezuela

CARACAS, Venezuela, 12 Feb – Presiden Venezuela, Nicolas Maduro semalam berkata tiga orang terbunuh akibat komplikasi yang berhubung kait dengan virus Zika bawaan nyamuk dan kes–kes suspek Zika telah meningkat kepada 5,221.

Brazil semalam berkata tiga orang yang maut pada tahun lepas mempunyai kesan virus Zika, walaupun pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan Zika bertanggungjawab bagi kematian mereka.

Hanya satu dari lima orang dijangkiti Zika pernah melalui kesakitan dan walaupun ia adalah simptom yang sederhana. Virus itu masih kurang difahami oleh para saintis dan tidak bukti yang wujud menunjukkan ia menyebabkan kecacatan kelahiran atau sebarang kematian yang dilaporkan.

“Kami mengesahkan 319 kematian, yang mana 68 jelas dengan komplikasi itu dan kami mencatatkan tiga kematian akibat Zika,” kata Maduro ketika penyiaran dalam televisyen negara.

Dia tidak memberikan maklumat terperinci mengenai kematian itu dan tidak menyebutkan jumlah wanita hamil yang dirasakan dijangkiti virus itu. Kementerian Kesihatan tidak memberikan respons kepada permintaan lebih awal bagi maklumat ke atas jumlah wanita yang mengandung dijangkiti Zika.

Maduro berkata jumlah kes yang disyaki meningkat kepada 5,221 dalam tempoh di antara 5 November dan 8 Februari. Satu–satunya anggaran umum bulan lalu berkata terdapat sekitar 4,700 kes yang disyaki.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan darurat seluruh dunia mengenai kemungkinan hubung kait kepada kecacatan kelahiran daripada virus Zika, yang tersebar kepada lebih dari 30 buah negara. Doktor-doktor berkata Venezuela sebenarnya memiliki insiden yang lebih besar terhadap Zika berbanding yang diperakui secara terbuka dan kerajaan berhaluan kiri tidak melakukan yang secukupnya bagi memerangi cetusan itu.

Kekurangan produk kronik bermakna walaupun penahan sakit dan pencegah serangga sukar untuk diperoleh.

Pesakit–pesakit mengalami Buillain Barre, sindrom autoimun yang boleh mengakibatkan lumpuh dan dikaitkan kepada Zika, juga bergelut untuk mencari imunoglobulin bagi rawatan. – Reuters