Tiga kereta terbabit kemalangan

Tiga kereta terbabit kemalangan

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 19 Mei – Tiga buah kereta bertembung dalam kemalangan di Jalan Tengah berdekatan dengan Skim Perumahan Kampung Panaga 2000 awal pagi hari ini, bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.

Menurut dua pemandu yang terbabit, Dayang Ummi dan Dayang Zaleha, kemalangan tersebut terjadi semasa rutin harian mereka menghantar anak-anak ke sekolah.

Kemalangan berlaku apabila pemandu salah sebuah kereta yang terlibat menekan brek secara tiba-tiba kerana kereta di depannya berhenti mengejut, menyebabkan kereta di belakangnya yang mengekori terlalu dekat melanggar belakang kereta, mengakibatkan tindak balas rantai dengan kereta ketiga melanggar belakang kereta kedua.

Berikutan kejadian itu, Pasukan Polis Trafik Cawangan Kuala Belait segera mengerahkan anggotanya untuk mengawal lalu lintas, manakala anggota Balai Polis Kuala Belait menyiasat punca kejadian.

Keadaan kereta yang terbabit dalam nahas jalan raya di Jalan Tengah berdekatan RPN Panaga 2000.
Keadaan kereta yang terbabit dalam nahas jalan raya di Jalan Tengah berdekatan RPN Panaga 2000.

ARTIKEL YANG SAMA