Tiga lelaki ditahan kes pembunuhan kejam GRO

Tiga lelaki ditahan kes pembunuhan kejam GRO

LABUAN, 26 Sept – Polis Labuan percaya dapat menyelesaikan kes pembunuhan kejam membabitkan wanita pelayan pelanggan (GRO) sebuah pusat hiburan pada pertengahan Ogos lepas, dengan penahanan tiga lelaki minggu lalu.

Wanita itu, Nerisa Linawang Abelilla, 25, dibunuh antara pukul 10 malam 15 Ogos dan 2.20 pagi 16 Ogos selepas dikatakan enggan melakukan hubungan seks dengan salah seorang suspek tersebut.

Ketua Polis Daerah Labuan Supt Adzhar Othman berkata suspek pertama berusia 22 tahun yang juga warga Filipina, ditahan di rumahnya di Simpang Dedap, Kampung Sungai Bedaun pada pukul 6 petang 21 Sept lepas.

Tiga lelaki yang ditahan berhubung kes pembunuhan seorang wanita pelayan pelanggan dibawa ke lokap selepas mendapat perintah reman daripada mahkamah hari ini. – Bernama
Tiga lelaki yang ditahan berhubung kes pembunuhan seorang wanita pelayan pelanggan dibawa ke lokap selepas mendapat perintah reman daripada mahkamah hari ini. – Bernama

Susulan daripada tangkapan itu, suspek kedua dan ketiga, masing-masing berusia 32 dan 22, ditahan dua hari kemudian di tapak pembinaan Taman SeaView, Kampung Layang-Layangan dan Kampung Saguking.

“Ini menjadikan jumlah tangkapan kes ini seramai enam orang termasuk seorangwanita. Namun tiga daripadanya termasuk wanita itu telah dibebaskan. Kami harap dapat menyelesaikan kes ini,” katanya kepada media hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dipukul dengan kayu dan batang paip sehingga menyebabkan kematiannya. – Bernama