Tiga mati lemas di sempadan Macedonia

Tiga mati lemas di sempadan Macedonia

SKOPJE, 14 Mac (AFP) – Dua lelaki dan seorang wanita, dipercayai penghijrah yang cuba untuk memasuki Macedonia secara haram, telah ditemui mati lemas berhampiran sempadan Greece hari ini selepas berhari-hari hujan lebat, menurut pegawai.

“Tiga mayat ditemui, dirasakan mungkin penghijrah, yang lemas di sungai Suva Reka’ berhampiran bandar Gevgelija selatan sempadan, menurut seorang jurucakap wanita bagi kementerian dalam negeri Macedonia, Natalija Spirova Kordic kepada AFP.

“Kes itu masih lagi disiasat, namun sejauh ini ia kelihatannya mereka lemas ketika cuba untuk memasuki Macedonia secara haram.”