Tiga maut, 12 cedera air terjun runtuh

Tiga maut, 12 cedera air terjun runtuh

JAKARTA, 22 Julai – Tanah runtuh di Indonesia telah meragut jiwa tiga pelancong dan mencederakan 12 orang lagi, menurut pegawai hari ini.

Jurucakap Agensi Bencana Negara, Sutopo Purwo Nugroho, mengatakan sebuah bukit di daerah Timur Jawa, Nganjuk telah runtuh.

“Batu-batu, runtuhan dan tanah jatuh menimpa para pelancong yang mandi di kaki air terjun itu, kata Nugroho.

Air terjun itu terletak di kaki Gunung Wilis, sebuah gunung berapi dorman di Jawa Timur.

Tapak pelancongan di seluruh negara itu dibanjiri oleh orang yang bercuti semasa festival Hari Raya seminggu panjang berikutan bulan puasa Ramadan. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA