Tiga maut banjir landa Texas

Tiga maut banjir landa Texas

WASHINGTON, 25 Mei (AFP) – Banjir kilat berlaku akibat turunan hujan paling banyak di Texas dan Oklahoma telah mengorbankan kira-kira tiga orang dan memusnahkan beratus-ratus buah rumah, menurut pihak berkuasa semalam, dengan memberi amaran tentang cuaca lebih ganas akan membadai tidak lama lagi.

Di bandar Texas, San Marcos para penduduk diarah mengosongkan rumah mereka pada awal pagi ketika air banjir naik yang mengancam sekeliling mereka.

Kereta dan lori tenggelam dan orang ramai menggunakan kerusi boleh kembung untuk terapung-apung di jalan raya, dalam suasana yang nyata.

Sebanyak-banyaknya 400 buah rumah di kawasan sekitar itu telah musnah, menurut pihak berkuasa, dan San Marcos telah membuka tempat perlindungan sementara untuk menempatkan para penduduk yang tidak boleh pulang ke rumah mereka.

“Pesanan pengosongan telah dikeluarkan melalui 911 dan pegawai polis dan bomba pergi dari rumah ke rumah untuk memaklumkan para penduduk di kawasan terjejas,” menurut bandar itu dalam satu kenyataan.

Mangsa banjir kilat yang diselamatkan oleh anggota bomba selepas mereka ditemui berpaut di sebatang pokok rumah mereka semasa banjir, di Kyle, Texas, Amerika Syarikat. – Reuters
Mangsa banjir kilat yang diselamatkan oleh anggota bomba selepas mereka ditemui berpaut di sebatang pokok rumah mereka semasa banjir, di Kyle, Texas, Amerika Syarikat. – Reuters

Ia menyatakan bahawa Sungai Blanco yang airnya dengan cepat naik telah mengatasi paras tertinggi dalam tahun 1920-an.

Marsyal Bomba Ken Bell memberitahu CNN bahawa kira-kira seorang disahkan terbunuh dan krew-krew berusaha mencari tiga orang yang dilaporkan hilang. Kira-kira dua orang juga terbunuh di Oklahoma, yang terletak di utara Texas. Seorang anggota bomba di bandar Claremore terkorban apabila dia dihanyutkan ke dalam longkang besar ketika cuba membantu seorang penduduk yang berada di air banjir, lapor CNN, dan seorang wanita maut di Tulsa apabila keretanya tergelincir.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan memberi amaran bahawa ribut petir kuat hingga teruk dijangkakan di seluruh kawasan luas di dataran tengah dan selatan menuju Lembah Sungai Mississippi.

“Puting beliung terpencil, hujan batu dan angin yang membinasakan juga boleh terjadi,” tambahnya dengan mengatakan bahawa banjir kilat juga diramalkan dari tengah Iowa ke selatan Texas, yang dijangka menerima bahagian teruk akibat turunan hujan lebat.