Tiga maut dalam nahas pesawat kecil di Australia

Tiga maut dalam nahas pesawat kecil di Australia

SYDNEY, 29 Jan – Sebuah pesawat penumpang ringan telah terjunam ke Lautan Pasifik berhampiran pantai Australia, membunuh sekitar tiga orang, menurut polis hari ini.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Moorabbin dan terhempas ke lautan luar pantai di tenggara negeri Victoria.

“Kami boleh mengesahkan tiga orang telah ditemui meninggal dunia dalam nahas pesawat Barwon Heads,” kata polis Victoria dalam akaun Twitter mereka.

Inspektor polis, Graham Banks, memberitahu para wartawan bahawa tiga mayat telah ditemui, dan mungkin ada yang keempat.

“Kami tidak mensyaki terdapatnya mangsa kanak-kanak,” katanya dalam sidang media, menambah bahawa mereka belum mengesahkan sama ada pesawat itu adalah pesawat udara swasta atau pelancongan. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA