Tiga maut letupan kilang di Mumbai

Tiga maut letupan kilang di Mumbai

MUMBAI, 27 Mei – Satu letupan menghancurkan sebuah kilang kimia semalam, membunuh tiga pekerja dan mencederakan sehingga 35 yang lain di ibu kota kewangan India, Mumbai, kata pegawai.

Letupan silinder berlaku sekitar pukul 11.00 pagi (0630 GMT), mencetuskan kebakaran besar di unit pembuatan firma India Herbert Brown Pharmaceutical & Research Laboratories di daerah Thane, di utara Mumbai.

“Tiga orang telah diisytiharkan mati dan 30 hingga 35 cedera dalam letupan kilang,” kata Sukhada Narkar, seorang jurucakap polis Thane, memberitahu AFP mengenai kemalangan di kawasan Dombivali Thane.

“Sedih mengetahui tentang kejadian malang dan tragis yang berlaku di Dombivali,” kata Devendra Fadnavis, ketua menteri di negeri Maharashtra melalui laman tweeternya. India mempunyai sejarah kebakaran dan kemalangan lain di kilang-kilang, dan sebahagiannya berpunca akibat kurangnya langkah-langkah keselamatan dan pemeriksaan di negara tersebut. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA