Tiga maut nahas bas di Portugal

Tiga maut nahas bas di Portugal

LISBON, 18 Jun (AFP) – Tiga pelancong Belanda terbunuh dan sekurang-kurangnya 29 orang cedera apabila bas yang mereka naiki terbalik lalu terbabas dari lebuh raya A2 berhampiran Albufeira di selatan Portugal lewat semalam, menurut pegawai-pegawai.

Bas tersebut yang membawa 50 pelancong, terbabit dalam nahas itu sejurus selepas jam 11:00 malam (2300 GMT) di wilayah paling selatan negara itu, agensi berita Lusa memetik polis sebagai berkata.

Jurucakap Kementerian Luar Herman van Gelderen berkata “tiga pelancong Belanda terbunuh dan 29 yang lain, kebanyakan mereka warga Belanda, mengalami kecederaan.”

Punca nahas itu masih belum diketahui, kata polis.

Mereka yang cedera, sebahagiannya dalam keadaan teruk, dikejarkan ke beberapa hospital berdekatan untuk rawatan.

Para pekerja penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan para penumpang sebuah bas pelancong yang terbabit dalam nahas di lebuh raya di Portugal pada 18 Jun 2015. – AFP
Para pekerja penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan para penumpang sebuah bas pelancong yang terbabit dalam nahas di lebuh raya di Portugal pada 18 Jun 2015. – AFP