Tiga maut nahas kereta api

Tiga maut nahas kereta api

SAINT-GEORGES-SUR-MEUSE, Belgium, 6 Jun – Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan sembilan cedera dalam nahas kereta api berkelajuan tinggi di timur Belgium semalam, kata pihak berkuasa.

Sebuah kereta api penumpang yang bergerak pantas merempuh bahagian belakang sebuah kereta api pengangkutan barang di landasan yang sama, jurucakap Belgium, Pengurus Infrastruktur Kereta Api Infrabel Frederic Sacre memberitahu kepada AFP.

Seramai sembilan penumpang cedera pelbagai peringkat umur dengan beberapa orang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal oleh pihak berkuasa semasa taklimat media berhampiran tempat kejadian.

Sebanyak 27 orang sedang dirawat, dan bilangan yang cedera pada asalnya dilaporkan sebanyak 40, kira-kira jumlah bilangan orang di atas kapal.

Kereta api itu dalam perjalanan dari arah barat ke timur Belgium pada landasan Namur-Liege apabila kemalangan itu berlaku di perbandaran Saint-Georges-sur-Meuse pada pukul 11:00 (2100 GMT).

Keadaan kereta api tersebut yang terhempas di landasan berikutan perlanggaran dengan sebuah kereta api pengangkutan barangan yang mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang. – AFP
Keadaan kereta api tersebut yang terhempas di landasan berikutan perlanggaran dengan sebuah kereta api pengangkutan barangan yang mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang. – AFP

“Kereta api penumpang berada dalam keadaan yang tidak baik, ia sangat mengejutkan,” kata Datuk Bandar Saint-Georges-sur-Meuse, Francis Dejon, yang juga menyertai operasi menyelamat.

“Dua daripada enam gerabak tergelincir dan terdampar di atas landasan,” Infrabel dan National Railway Company of Belgium (SNCB) dalam satu kenyataan bersama.

Belga melaporkan bahawa perlanggaran adalah ‘sangat ganas,’ sambil menambah bahawa Polis dan Penyelamat telah dihantar dari Liege ke tempat kejadian, dengan beberapa penumpang perlu dikeluarkan daripada kereta api tersebut. – AFP