Tiga maut pertempuran di tengah Filipina

Tiga maut pertempuran di tengah Filipina

MANILA, Filipina, 13 Dis (Agensi) – Dua pemberontak Tentera Rakyat Baru (NPA) dan seorang anggota tentera terbunuh sementara seorang anggota tentera lain mengalami kecederaan dalam pertempuran di wilayah Negros Occidental di bahagian tengah Filipina pada Jumaat lepas.

Ray Tiongson, pegawai perhubungan awam Divisyen Infantri Ketiga Tentera Filipina, berkata tentera yang menjalankan operasi itu turut menemui beberapa peralatan perang yang ditinggalkan kumpulan pemberontak.

Tingson berkata pasukan tentera dari Batalion Infantri Ke-79 sedang menjalankan rondaan komuniti di sekitar Sitio Bugtong Lubi di unit pentadbiran primitif Damutan di bandar Hinobaan pada kira-kira jam 7:40 pagi apabila mereka bertembung dengan kira-kira 12 anggota pemberontak.

Beliau berkata kedua-dua belah pihak berbalas tembakan selama 15 minit, yang kemudian menyaksikan kumpulan pemberontak melarikan diri serta meninggalkan mayat dua rakan mereka yang terbunuh, yang nama mereka masih belum dikeluarkan pihak tentera.

NPA yang merupakan sayap bersenjata Parti Komunis Filipina, melancarkan kempen perang gerila ke atas kerajaan sejak empat dekad lepas.

Tentera menganggarkan kekuatan NPA adalah dengan lebih 4,000 anggota yang bertebaran lebih 60 barisan hadapan gerila di seluruh negara berkenaan.