Tiga maut pertempuran selepas Atletico juara

Tiga maut pertempuran selepas Atletico juara

MEDELLIN, Colombia, 29 Julai – Tiga terbunuh dan berpuluh lagi cedera dalam pertempuran ganas peminat bola sepak selepas Atletico Nacional merangkul Copa Libertadores, kejuaraan Amerika Selatan yang setaraf dengan Liga Juara-Juara Eropah.

Pegawai berkata, tiga lelaki meninggal dunia – dua di Bogota dan satu di sini, selepas penyokong menggunakan pisau dalam pergaduhan.

“Ia benar-benar menyedihkan kerana terdapat lebih 100 pergaduhan, sembilan cedera dan dua kematian di Bogota selepas kemenangan Nacional.

“Kita perlu belajar untuk hidup dengan cara yang bertamadun,” kata Datuk Bandar Bogota, Enrique Penalosa dalam akaun Twitternya.

Keadaan peminat Colombia ketika bersorak untuk pasukan mereka semasa perlawanan akhir Copa Lib-ertadores menentang Ecuador Independiente del Valle di Medellin, Colombia, pada Rabu lalu. Tiga ter-bunuh dan berpuluh lagi cedera dalam pertempuran ganas selepas Atletico merangkul Copa Libertadores, kata pegawai. - AFP
Keadaan peminat Colombia ketika bersorak untuk pasukan mereka semasa perlawanan akhir Copa Lib-ertadores menentang Ecuador Independiente del Valle di Medellin, Colombia, pada Rabu lalu. Tiga ter-bunuh dan berpuluh lagi cedera dalam pertempuran ganas selepas Atletico merangkul Copa Libertadores, kata pegawai. – AFP

Di ibu kota, sekitar 40 perhimpunan berasingan peminat Nacional berlaku dan lebih daripada 140 insiden dilaporkan dengan peminat berkumpul untuk menonton Nacional mengalahkan kelab dari Ecuador, Independiente del Valle pada skrin gergasi.

Di Medellin, terdapat 163 insiden, polis tempatan berkata, seorang lelaki terbunuh dan 30 cedera dalam pertempuran.

Nacional menewaskan Independiente del Valle dengan agregat 2-1 dan kali terakhir mereka memenangi gelaran itu pada tahun 1989.

Mereka juga menjadi pasukan pertama dari Colombia yang memenangi trofi sejak 2004, selepas Once Caldas mengejutkan kelab Argentina, Boca Juniors pada perlawanan akhir. – AFP