Tiga maut runtuhan di Casablanca

Tiga maut runtuhan di Casablanca

CASABLANCA, Maghribi, 7 Ogos – Pasukan penyelamat Maghribi semalam menemui mayat seorang wanita yang terperangkap di bawah sebuah bangunan yang runtuh di Casablanca, menjadikan jumlah kematian kepada tiga orang, kata saksi.

Sekurang-kurangnya 24 orang cedera dalam tragedi itu apabila sebuah bangunan empat tingkat di daerah Sbata runtuh pada petang Jumaat, menurut kenyataan perbandaran Casablanca itu lebih awal.

Ia berkata, dua orang terbunuh dalam runtuhan itu dan carian yang sedang berjalan bagi seorang wanita yang hilang.

Saksi berkata, sebuah kafe di tingkat bawah telah dipenuhi dengan pelanggan dan klinik doktor juga penuh pada masa tragedi itu.

Seorang pemandu teksi yang pergi ke kafe untuk menggunakan tandas juga terbunuh, kata mereka.

Semalam, mayat seorang kanak-kanak berusia 13 tahun telah dikeluarkan dari runtuhan dan beberapa jam kemudian penyelamat menarik keluar mayat wanita itu.

Saksi berkata bahawa pihak berkuasa membawa masuk peralatan yang lebih khusus untuk operasi mencari.

Sembilan mangsa yang cedera kini telah keluar dari hospital tetapi bakinya masih menerima rawatan, kenyataan perbandaran yang dibawa oleh agensi berita MAP rasmi berkata.

Ia berkata yang cedera berada dalam keadaan yang stabil.

Pihak berkuasa semalam menahan pemilik bangunan tersebut untuk disoal siasat, katanya. – AFP