Tiga menang hadiah utama AIFA

Tiga menang hadiah utama AIFA

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Nov – Tiga pemenang bertuah menerima hadiah sempena Promosi Hari Raya Syarikat AIFA Sdn Bhd yang diadakan pada 15 Jun sehingga 30 September lalu.

Mereka ialah Awang Muhammad Iman Riza Abdullah Lubok yang memenangi hadiah utama berupa televisyen 4K Ultra HD 55 inci jenama AIFA bersama mikrofon tanpa wayar jenama PEVY.

Manakala Awang Mohd Azim bin Haji Matsan pula memenangi hadiah Televisyen Pintar LG LED 55 inci dan pemenang ketiga, Dayang Hajah Aminah binti Menudin membawa pulang dapur gas ELBA.

Awang Muhammad Iman Riza Abdullah Lubok memenangi hadiah AIFA 4K Ultra HD 55” dalam Promosi Hari Raya AIFA.
Awang Muhammad Iman Riza Abdullah Lubok memenangi hadiah AIFA 4K Ultra HD 55” dalam Promosi Hari Raya AIFA.

Hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Pengarah Urusan AIFA, Andy Lau Sie Chuong.

Seramai 20 pelanggan hadir mengikuti cabutan bertuah itu dan membawa balik hadiah masing-masing.

Mereka merupakan sebahagian pelanggan yang membeli produk keluaran AIFA sepanjang tempoh promosi.

ARTIKEL YANG SAMA