Tiga Minggu bersama Kanak kanak Autisme

Tiga Minggu bersama Kanak kanak Autisme

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept – Pusat SMARTER E.D.G.E (Early Development Growth and Enabling) telah mengadakan satu bengkel iaitu Program Tiga Minggu bersama Kanak-kanak Autisme SMARTER di Kampung Perpindahan Mata-Mata, Gadong, hari ini.

Bengkel berkenaan telah disertai lebih 20 orang yang terdiri daripada mahasiswa dari Universiti Flinders di Australia, Unit Pendidikan Khas (UPK), Kementerian Pendidikan, mahasiswa Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan ahli-ahli kakitangan SMARTER.

Presiden SMARTER, Malai Haji Abdullah bin Haji Malai Othman semasa ditemui pihak Media Permata, menjelaskan, peserta yang menyertai bengkel itu telah melalui beberapa latihan yang menfokuskan kepada disfungsi pemprosesan deria (Sensory Processing Dysfunction) iaitu sikap yang ada pada setiap kanak-kanak autisme.

Malai Haji Abdullah melihat para peserta yang menyertai aktiviti dalam Program Tiga Minggu bersama Kanak-kanak Autisme SMARTER.
Malai Haji Abdullah melihat para peserta yang menyertai aktiviti dalam Program Tiga Minggu bersama Kanak-kanak Autisme SMARTER.
Antara aktiviti yang diadakan untuk memahami sikap pelajar autisme.
Antara aktiviti yang diadakan untuk memahami sikap pelajar autisme.

Katanya lagi, jika para peserta bengkel itu ingin berinteraksi, menjaga dan untuk memahami kanak-kanak berkenaan, mereka perlulah terlebih dahulu memahami sikap-sikap mereka dengan mengikuti beberapa aktiviti yang turut diisikan dengan taklimat dan sebagainya.

Malai Haji Abdullah juga menambah, bahawa di SMARTER, persatuan berkenaan menggunakan pendekatan strategi WISE (Welcoming, Inviting, Supporting and Encouraging) yang dapat menghubungkan para peserta dan pelajar-pelajar autisme sambil memberi pendedahan kepada mereka tentang apa yang dihadapi, dialami oleh pelajar serta penglibatan aktiviti-aktiviti yang boleh membantu kanak-kanak yang mempunyai autisme.

ARTIKEL YANG SAMA