Tiga negara buat latihan bersama bendung ancaman

Tiga negara buat latihan bersama bendung ancaman

SEOUL, Korea Selatan, 16 Mei (AP) – Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Jepun akan mengadakan latihan tentera bersama pertama mereka pada bulan depan dengan tumpuan diberikan kepada kerjasama untuk mengesan tanda-tanda pelancaran peluru berpandu dari Korea Utara dan menjejaki trajektori peluru berpandu, kata pegawai pertahanan Seoul hari ini.

Latihan yang ditetapkan pada 28 Jun akan diadakan mengenai isu sampingan latihan tentera laut multinasional dijadual berlangsung di perairan Hawaii dari Jun hingga Ogos, yang sering dihadiri oleh ketiga-tiga negara itu, kata pegawai meminta namanya tidak disiarkan memerik peraturan jabatan.

Latihan tiga pihak itu akan membabitkan kapal yang dilengkapi Ae-gis dari ketiga-tiga negara, tetapi mereka tidak akan membabitkan latihan pintasan peluru berpandu, kata pegawai. Ketiga-tiga buah negara telah mengadakan latihan mencari dan menyelamat sebelum ini.

Latihan itu menyusuli perjanjian mengumpul risikan 2014 di kalangan ketiga-tiga negara dengan tujuan menghadapi dan mengatasi dengan lebih baik ancaman nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.

Ia adalah perjanjian pertama sedemikian di antara ketiga-tiga buah negara tersebut. Satu perbalahan antarabangsa berhubung Korea Utara telah menjadi lebih teruk baru-baru ini selepas Pyongyang melancarkan ujian nuklear keempatnya pada Januari dan pelancaran roket jarak jauh pada Februari.

Washington sering mengadakan latihan tentera dengan Korea Selatan dan Jepun – yang bersama menganjur kira-kira 80,000 tentera Amerika – dan berkongsi risikan bersama mereka pada peringkat dua hala. Namun Seoul dan Tokyo tidak, sebahagiannya hasil daripada kebencian orang awam di Korea Selatan terhadap Jepun disebabkan pemerintahan jajahannya pada 1910-1945 di Semenanjung Korea.

Semenanjung Korea dibahagikan kepada Korea Selatan yang disokong oleh AS dan Korea Utara yang disokong oleh Soviet pada akhir pendudukan Jepun. Kedua-dua Korea bertempur dalam perang tiga tahun pada awal 1950, yang berakhir dengan satu gencatan senjata, bukannya perjanjian perdamaian.

ARTIKEL YANG SAMA