Tiga negara tandatangani projek ‘dron-Euro’

Tiga negara tandatangani projek ‘dron-Euro’

BRUSSELS, 18 Mei – Satu projek orang Eropah untuk membina dron tentera menjelang 2025 bermula hari ini ketika Jerman, Perancis dan Itali menandatangani satu perjanjian untuk memulakan kerja teknikal dan menamatkan penggantungan mereka ke atas model-model buatan Israel dan Amerika Syarikat (AS).

Skim bagi pesawat udara tanpa juruterbang itu dibina oleh tiga kuasa Kesatuan Eropah (EU) boleh bernilai sekitar bilion euro jika ia sudah beroperasi di udara, menurut pegawai selepas perjanjian itu ditandatangani di Brussels.

“Matlamat dron-Euro itu adalah kita boleh memutuskan sendiri di Eropah ke atas apa kita menggunakannya, di mana kita menghantar dron-Euro dan bagaimana kita akan menggunakannya,” kata Menteri Pertahanan Jerman, Ursula von der Leyen.

“Ini membuatkan kami, orang Eropah, berdikari.”

Penilaian teknikal dua tahun akan cuba untuk mencari persamaan antara Jerman, Perancis dan Itali dalam keperluan operasi, pelaksanaan, waktu dan kos, menurut mereka. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA