Tiga nelayan maut terhidu asap toksik

Tiga nelayan maut terhidu asap toksik

SEOUL, Korea Selatan, 30 Sept – Tiga nelayan China mungkin terbunuh akibat menghidu asap toksik apabila satu kebakaran meletus selepas pegawai pengawal pantai Korea Selatan melontar bom tangan ‘flashbang’ pada bot nelayan, kata pegawai hari ini.

Terbaru dalam beberapa siri pertempuran ganas di antara pengawal pantai Korea Selatan dan bot nelayan China belayar jauh daripada perairan dalam negara mereka berlaku semalam apabila kapal pengawal pantai Korea Selatan cuba menghalang bot China daripada menangkap ikan secara haram kira-kira 70 kilometer dari sebuah pulau di luar pantai barat daya Korea Selatan.

Kapal itu, yang membawa 17 nelayan, pada mulanya menentang dan melarikan diri sebelum pegawai pengawal pantai Korea Selatan berjaya menaiki kapal dan melontar bom tangan ‘flashbang’ ke dalam bilik pengemudi yang dikunci, kata pengawal pantai dalam satu kenyataan. Bom tangan tersebut adalah alat tidak beracun yang menghasilkan pancaran silau dan bunyi kuat.

Satu kebakaran meletus di dalam bot dan tiga nelayan yang ditemui terbaring dalam bilik enjin bot meninggal dunia kemudian, kata kenyataan pengawal pantai.

Pegawai pengawal pantai berkata ketiga-tiga mereka mungkin mati selepas menghidup asap toksik tetapi bedah siasat dirancang diadakan untuk mencari punca sebenar kematian mereka. Pihak berkuasa juga akan menyiasat sama ada bom tangan ‘flashbang’ itu mengakibatkan kebakaran. – AP

ARTIKEL YANG SAMA