Tiga pasukan layak ke peringkat kebangsaan

Tiga pasukan layak ke peringkat kebangsaan

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 5 Jun – Majlis Perundingan Kampung Sungai Kelugos selaku Jawatankuasa Perlawanan Tarik Kalat Tradisi bagi Daerah Tutong sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-70 tahun, hari ini, telah mengendalikan Perlawanan Tarik Kalat Tradisi bagi Daerah Tutong di Padang Sekolah Rendah Muda Hashim, di sini.

Sebanyak tiga kategori telah dibukakan iaitu Kategori A bagi berat 70 Kg, Kategori B bagi berat badan terkumpul 1,100 Kg dan Kategori C bagi berat badan terkumpul 600 kg.

Hadir selaku tetamu kehormat menyaksikan Perlawanan Akhir Tarik Kalat Tradisi bagi Daerah Tutong ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Haji Adnan bin Haji Adam.

Juga hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Haji Muhd Taha bin Abdul Rauf selaku Penghulu Mukim Keriam dan Yang Berhormat Haji Ramli bin Haji Lahit selaku Penghulu Mukim Telisai.

Yang Berhormat Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Haji Muhd Taha, Yang Berhormat Haji Ramli dan Haji Adnan yang hadir menyaksikan perlawanan tarik kalat tersebut.
Yang Berhormat Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Haji Muhd Taha, Yang Berhormat Haji Ramli dan Haji Adnan yang hadir menyaksikan perlawanan tarik kalat tersebut.
Aksi menarik dalam perlawanan tersebut.
Aksi menarik dalam perlawanan tersebut.

Pada acara tersebut, juara Kategori A disandang oleh Pasukan Extreme Power Kupang, Kategori B disandang oleh Mega Power dan bagi Kategori C disandang oleh A.K Extreme Kupang.

Ketiga-tiga pasukan juara dari setiap kategori ini akan mewakili Daerah Tutong di peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Bandar Seri Begawan nanti.

Sebanyak 12 pasukan dari ketiga-tiga kategori telah menyertai perlawanan akhir tarik kalat tradisi peringkat Daerah Tutong. Antaranya ialah dari Pasukan Bukit Panggal, Xtreme Power Kupang, Young Generation A, Prison Tug of War, Mega Power, Gembira Team, A.K Extreme Kupang, dan Armour Lock Muda Hashim.

 

ARTIKEL YANG SAMA