Tiga pasukan ...

Tiga pasukan terima tajaan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April – Tiga pasukan veteran Brunei dari Persatuan Bola Keranjang Brunei Darussalam telah menerima tajaan daripada tiga buah syarikat yang berlainan, acara penerimaan tajaan itu berlangsung di Dewan Bola Keranjang Batu Bersurat di Gadong.

Pasukan atas 40 tahun telah menerima tajaan daripada TK Tea House yang disampaikan oleh Ong Chan Wei, sementara itu pasukan atas 50 tahun menerima tajaan daripada Traders Inn yang disampikan oleh Lee Han Siew dan pasukan 60 tahun ke atas pula menerima tajaan daripada LinkTech Sdn Bhd yang disampaikan oleh Malcolm Lau.

Ketiga-tiga pasukan ini akan menyertai Kejohanan Bola Keranjang Jemputan Asia ‘Xiang Dan Nian’ yang bakal berlangsung di Sabah bermula 22 hingga 23 April ini nanti. Diharap dengan sokongan menerusi tajaan itu, ia dapat menaikkan semangat mereka dan menghasilkan persembahan bertenaga di kejohanan itu nanti.

Tiga wakil penaja ketika menyerahkan jersi kepada Pasukan Bola Keranjang Veteran Brunei Darussalam. – Gambar Khairil Hassan
Tiga wakil penaja ketika menyerahkan jersi kepada Pasukan Bola Keranjang Veteran Brunei Darussalam. – Gambar Khairil Hassan

ARTIKEL YANG SAMA