Tiga pasukan wakili negara dalam Piala Borneo

Tiga pasukan wakili negara dalam Piala Borneo

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Jun – Negara Brunei Darussalam akan menghantar tiga pasukan bola keranjang untuk mewakili negara bagi menyertai Kejohanan Piala Borneo 2016 yang akan berlangsung di Labuan bermula 21 hingga 24 Julai nanti.

Dalam kejohanan itu, Brunei akan beraksi dalam Kategori Lelaki Veteran 40 Tahun, Lelaki Veteran 50 Tahun dan Kategori Perempuan di mana pasukan-pasukan yang beraksi bagi Brunei terdiri daripada pemain-pemain baru dan juga pemain yang berpengalaman.

Dalam meningkatkan keserasian, para pemain dan juga untuk menguji benteng pertahanan serta ketajaman serangan pemain, pasukan lelaki veteran 40 tahun telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan lelaki veteran 50 di Gelanggang Bola Keranjang Persatuan Bola Keranjang Brunei Darussalam, Batu Bersurat, Gadong, kelmarin.

Perlawanan itu dihasratkan untuk memastikan setiap pemain memahami akan peranan serta taktik yang bakal digunakan semasa beraksi dalam kejohanan yang bakal menjelang pada Julai nanti.

Latihan Pasukan Lelaki Veteran 50 tahun dan Pasukan Veteran 40 Tahun bergambar ramai sebelum perlawanan persahabatan dimulakan.
Latihan Pasukan Lelaki Veteran 50 tahun dan Pasukan Veteran 40 Tahun bergambar ramai sebelum perlawanan persahabatan dimulakan.

ARTIKEL YANG SAMA