Tiga pegawai kanan didakwa terlibat rasuah

Tiga pegawai kanan didakwa terlibat rasuah

BEIJING, 14 Sept – Pendakwa China telah memfailkan tindakan undang-undang berasingan terhadap tiga pegawai kanan yang disyaki terlibat dalam rasuah, menurut kenyataan yang diumumkan hari ini.

Xu Gang, bekas Naib Gabenor wilayah Fujian di timur China, didakwa mengambil kesempatan daripada kedudukannya untuk mendapatkan faedah untuk orang lain dan menerima rasuah dalam jumlah yang besar.

Xu Jianyi, bekas ketua parti dan pengerusi utama Kumpulan FAW China, dituduh mengambil kesempatan daripada kedudukannya untuk mendapatkan keuntungan bagi orang lain serta menerima rasuah.

Liao Yongyuan, bekas pengurus besar dengan China National Petroleum Corp., didakwa menerima satu ‘jumlah besar’ dalam rasuah dan mencari keuntungan orang lain.

Harta dan perbelanjaan Liao itu turut melebihi pendapatan undang-undang, dan beliau tidak dapat menjelaskan sumber wang. Dia juga dituduh memegang sejumlah besar harta dengan sumber-sumber yang tidak dikenali. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA