Tiga pelajar cedera terkena merkuri

Tiga pelajar cedera terkena merkuri

LABUAN, 29 Sept – Tiga pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Sains Labuan tercedera dipercayai terkena cecair merkuri daripada alat termometer yang pecah semasa melakukan eksperimen sains di makmal sekolah pagi tadi.

Pelajar yang cedera kira-kira 7.50 pagi itu dikenali sebagai Cherliz Toecey Yahya yang cedera di mata, Irdin Aisyah Sarakawi yang cedera di tangan dan Jillyanatanya yang mengalami rasa gatal pada tangan.

Mereka dihantar untuk rawatan ke Hospital Nukleus Labuan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Zainal Madasin berkata pihaknya menghantar 25 anggota ke sekolah tersebut sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.57 pagi.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan bagi bahan berbahaya (Hazmat) membersihkan pakaian perlindungan mereka selepas menangani masalah termometer yang pecah di makmal sains Sekolah Menengah Sains Labuan kelmarin. - BERNAMA
Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan bagi bahan berbahaya (Hazmat) membersihkan pakaian perlindungan mereka selepas menangani masalah termometer yang pecah di makmal sains Sekolah Menengah Sains Labuan kelmarin. – BERNAMA

“Kira-kira 20 pelajar lelaki dan perempuan beserta seorang guru dan pembantu makmal berada di makmal tersebut ketika kejadian. Kita mendapati sebuah alat termometer berada di atas lantai dalam keadaan berkecai,” katanya.

Seorang guru yang enggan dikenali berkata kejadian itu adalah tidak disengajakan. – Bernama