Tiga pelajar ...

Tiga pelajar Tahun 3 di Labuan nyaris diculik

LABUAN, 16 Feb –  Tiga pelajar tahun tiga Sekolah Kebangsaan St Anne di sini nyaris dilarikan tiga lelaki dalam van bercermin gelap di depan pintu masuk sekolah mereka tengah hari semalam.

Lelaki berkenaan yang menaiki van Toyota Hiace mulanya menawarkan gula-gula kepada seorang daripada pelajar itu tetapi ditolaknya dalam insiden yang berlaku

selepas aktiviti kokurikulum sekolah tersebut pada pukul 4.45 petang.

Ketika itu juga, pintu van tersebut dibuka seluasnya, dalam apa yang dianggap percubaan untuk menarik ketiga-tiga pelajar berkenaan ke dalam kenderaan tersebut.

Menceritakan kejadian itu kepada Bernama, ibu seorang pelajar berkenaan berkata ketiga-tiga lelaki tersebut kemudian melarikan diri dengan van itu apabila pengawal keselamatan sekolah menghampiri mereka. – Bernama