Tiga pelancong Jerman terbabas, seorang maut

Tiga pelancong Jerman terbabas, seorang maut

GROVELAND, California, 25 Ogos – Pihak berkuasa berkata, salah seorang daripada tiga pelancong Jerman yang menyewa sebuah kereta terbabas ke dalam curam selepas meninggalkan Taman Negara Yosemite telah meninggal dunia.

Jabatan Sheriff Tuolumne County berkata semalam, Maria Fissman, 57 tahun meninggal dunia akibat kecederaan pada malam Selasa di sebuah hospital di Modesto, California.

Jabatan itu berkata Fissman bersiar bersama Monika Schmidt berusia 63 tahun dan Reiki Regel berusia 16 tahun. Kedua-duanya berada dalam keadaan stabil.

Mereka telah diterbangkan oleh helikopter ke hospital Modesto manakala anggota penyelamat telah mengeluarkan Fissman, yang telah terperangkap. – AP

ARTIKEL YANG SAMA