Tiga pelanggan bertuah terima hadiah

Tiga pelanggan bertuah terima hadiah

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Nov – Tiga pelanggan bertuah GHK Motors Sdn Bhd telah dipilih sebagai pemenang dalam cabutan bulanan promosi Mitsubishi Attrage dan Mirage.

Dalam cabutan yang berlangsung di bilik pameran GHK Motors Sdn Bhd, Beribi, hari ini, Awang Ruziman Sarapudin membawa pulang wang tunai $1,500, manakala Pengiran Haji Homahdini bin Pengiran Haji Junaidi dan Awang Mohd Harisah bin Haji Abdullah, masing-masing memenangi wang tunai $1,000 dan $500.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengurus Jualan, Pengiran Halaluddin bin Pengiran Dato Paduka Haji Sharifuddin.

Pengiran Halaluddin bergambar ramai bersama tiga pelanggan bertuah GHK Motors Sdn Bhd.
Pengiran Halaluddin bergambar ramai bersama tiga pelanggan bertuah GHK Motors Sdn Bhd.

Promosi ini adalah bagi para pelanggan yang membeli salah sebuah kereta Mitsubishi Attrage atau Mirage yang mana mereka turut mendapat dua bulan bayaran ansuran secara percuma.

Selain itu, pelanggan juga diberikan baucar minyak bernilai $100 dan potongan istimewa bagi alat bodykit.

ARTIKEL YANG SAMA