Tiga pelanggan GHK terima ganjaran

Tiga pelanggan GHK terima ganjaran

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Tiga orang pelanggan bertuah GHK Motors Sdn Bhd telah memenangi hadiah wang tunai setelah dipilih sebagai pemenang utama promosi bagi Mitsubishi Attrage dan Mirage yang telah berlangsung pada Ogos dan September lalu.

Dalam cabutan yang berlangsung di Bilik Pameran Mitsubishi, semalam, Haji Mahadi bin Haji Dullah memenangi hadiah utama sebanyak $500 yang telah disampaikan oleh Pengarah GHK Motors, Jake Goh, tempat kedua Awang Mohd Hasmady bin Asli menerima $300 yang disampaikan oleh Pengurus Besar Mitsubishi, Au Thien Kiong, dan tempat ketiga Awang Mohd Ilham bin Awang Amat menerima $200 yang disampaikan oleh Pengurus Jualan Mitsubishi, Pengiran Halaluddin bin Pengiran Dato Sharrifuddin.

Seramai 37 orang pelanggan yang telah membeli Attrage atau Mirage semasa tempoh promosi berkenaan layak untuk menyertai cabutan kali kedua tersebut.

Sesi bergambar ramai bersama para pemenang.
Sesi bergambar ramai bersama para pemenang.

Mirage dan Attrage dikenali sebagai kereta efisien yang dilengkapi dengan enjin pengurangan penggunaan bahan api yang hanya menggunakan satu liter minyak bagi setiap 21km dan tawaran bulanan yang rendah.

Sepanjang promosi itu juga, setiap pembelian model Attrage atau Mirage, pelanggan turut menerima baucar minyak bernilai $100 dan promosi istimewa ‘pakej Aero’ di samping menyertai cabutan bertuah berkenaan.

Kempen berkenaan mengetengahkan tema “Made for the Long Drive” yang setentunya mencerminkan penggunaan bahan api yang rendah bagi kedua-dua buah model yang mempunyai kelengkapan enjin 1.2 liter MIVEC dengan transmisi 5-kelajuan manual atau automatic.

ARTIKEL YANG SAMA