Tiga pelarian ikuti Olimpik Rio

Tiga pelarian ikuti Olimpik Rio

LAUSANNE, Switzerland, 10 Dis – Tiga atlet yang telah melarikan diri daripada negaranya telah diberikan harapan untuk menyertai Sukan Olimpik Rio tahun depan, Jawatankuasa Kebangsaan Olimpik (IOC) berkata kelmarin.

Ketiga-tiga atlet itu ialah perenang dari Syria yang sekarang ini berada di Jerman, judo atlet dari Congo yang sekarang di Brazil dan atlet taekwando Iran yang kini berada di Belgium, pengarah IOC Pere Miro memberitahu para pemberita di pinggir mesyuarat ahli jawatankuasa eksekutif di Lausanne, Switzerland.

IOC menggesa pada persekutuan antarabangsa untuk mengetengahkan kes-kes atlet pelarian yang lain yang boleh menyertai di Rio di bawah bendera Olimpik jika mereka memenuhi kriteria kelayakan.

Pada awal kelmarin Carlos Numan, ketua jawatankuasa penganjur Rio 2016, memberitahu lembaga eksekutif IOC bahawa 80 peratus tempat perlawanan sukan sudah disiapkan.

“Hari ini kami boleh katakan kami berada dalam perjalanan,” dia memberitahu para delegasi, menambah kebimbangan terhadap pencemaran air bagi pelayaran dan acara-acara terbuka air akan ditangani sepenuhnya. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA