Tiga pelukis tanah air pamer karya di Malaysia

Tiga pelukis tanah air pamer karya di Malaysia

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Tiga pelukis tanah air telah menyertai pameran seni ‘Art of ASEAN: Our Exhibition’ yang telah dilancarkan oleh Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Muhammad Ibrahim di Galeri Seni BNM, di sini, kelmarin.

Pada pelancaran itu, ketiga-tiga pelukis tanah air iaitu Haji Mahddi, Awang Zakaria Omar dan Awang Faizal yang mempamerkan karya seni mereka turut berkesempatan berinteraksi bersama tetamu kehormat majlis.

Pameran yang menampilkan karya seni seramai 36 pelukis daripada negara-negara ASEAN , termasuk pelukis tempatan adalah bertujuan untuk melengkapkan matlamat ASEAN menjalin perikatan melalui kerjasama. Hasil karya seni mereka bersama pelukis-pelukis dari negara ASEAN lainnya telah dipamerkan di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia yang dibukakan kepada orang ramai secara percuma bermula 9 November 2015 hingga 14 Februari 2016.

Haji Mahddi dengan karya seninya berkesempatan bergambar bersama tetamu kehormat majlis.
Haji Mahddi dengan karya seninya berkesempatan bergambar bersama tetamu kehormat majlis.

ARTIKEL YANG SAMA