Tiga pemenang pertandingan gambar IG terima hadiah

Tiga pemenang pertandingan gambar IG terima hadiah

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Nov – Tiga orang pemenang Pertandingan Gambar IG ‘Alice in Wonderland Photobooth’ semasa Bazar Amal Kesedaran Pendengaran yang berlangsung selama lima hari awal bulan ini telah menerima hadiah masing-masing pada majlis pertemuan di The Colony Tea Room, The Mall Gadong, baru-baru ini.

Pada majlis itu, para pemenang membawa pulang hadiah-hadiah sumbangan Baitalhijaab, The Crust & Crumb, Jasaida Cookies dengan mainan comel daripada Current Enterprise dan SM MIMLLIA.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengurus Projek Amal ‘Better Hearing, Better Living’, Hajah Dayang Noorafzah binti Dato Paduka Haji Awang Ahmad.

Pengurus Projek Amal ‘Better Hearing, Better Living’ bergambar bersama salah seorang pemenang pertandingan.
Pengurus Projek Amal ‘Better Hearing, Better Living’ bergambar bersama salah seorang pemenang pertandingan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, bazar amal berkenaan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai, dan tahun ini merupakan tahun keempat projek CSR berkenaan dilaksanakan dan telah membiayai bantuan pendengaran bagi 28 orang kanak-kanak berusia di antara enam hingga 20 tahun.

Dana yang dikumpulkan digunakan untuk projek amal yang menyokong kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran.

Projek CSR ini telah dimulakan oleh Hear Better Services Co. (pusat penilaian dan penyelesaian pendengaran di The Mall) dan disokong oleh Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan.

ARTIKEL YANG SAMA