Tiga pemuda terperangkap diselamatkan

Tiga pemuda terperangkap diselamatkan

SYDNEY, 20 Sept – Tiga lelaki muda yang terperangkap dalam jurang glasier di kawasan tarikan pelancong Australia Uluru, monolit terbesar di dunia, dibawa turun ke tempat selamat dalam operasi menyelamat yang sukar pada lewat malam, kata pihak berkuasa hari ini.

Anggota menyelamat bertarung dengan angin kencang dan menakik turun 320 meter untuk sampai ke warga Australia yang terkandas, kesemua mereka berusia 22 tahun, selepas mereka menyimpang dari jalan biasa ketika mendaki simbol ikon di Australia, juga dikenali sebagai Ayers Rock, semalam.

Lelaki berkenaan mendaki turun cerun yang curam ke arah batu merah besar namun terperangkap selepas itu, beritahu jurucakap Polis Wilayah Utara,Perkhidmatan Bomba dan Kecemasan Nicole Ogilvie kepada AFP.

“Mereka bernasib baik tidak adanya kecederaan,” kata Ogilvie, menambah seorang pelancong Taiwan cedera parah pada tahun lalu selepas terjatuh ke jurang sempit apabila beliau meninggalkan jalan biasa.

“Anda tidak tahu betapa teruknya keadaan apabila anda mengubah haluan.”

Pekerja menyelamat dibawa oleh helikopter ke puncak Uluru untuk memulakan proses kompleks untuk mengeluarkan ketiga-tiga pemuda tersebut selepas polis mengesahkan mereka tidak mengalami kecederaan dan mempunyai air yang cukup.

“Disebabkan cahaya malap dan kekurangan penambat, usaha menyelamat adalah perlahan dan dilakukan secara teratur,” kata anggota sukarelawan kecemasan Alan Leahy dalam satu kenyataan.

“Kami menakik turun kira-kira 320 meter untuk menyelamatkan pemuda yang terkandas. Terdapat angin kencang yang menyebabkan tali membelit,” tambah Leahy.

Pekerja menyelamat sampai kepada lelaki berkenaan pada kira-kira pukul 11.30 malam dan memindah mereka seorang demi seorang ke pangkal batu, satu proses yang mengambil masa beberapa jam.

Ketujuh-tujuh anggota menyelamat hanya mempunyai lampu suluh untuk membimbing mereka ketika malam menjelang, kata pengurus serantau selatan perkhidmatan kecemasan, Claire Barker. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA