Tiga penyerang Brussels dikenal pasti, keempat diburu

Tiga penyerang Brussels dikenal pasti, keempat diburu

BRUSSELS, 24 Mac (AFP) – Tiga pengebom berani mati yang menyerang lapangan terbang dan sebuah kereta api metro di Brussels dalam serangan yang didakwa dilakukan oleh Islamic State telah dikenalpasti semalam, tatkala usaha memburu dipertingkatkan untuk mencari lelaki keempat dengan bom beg pakaian gagal meletup.

Pendakwa berkata adik-beradik Ibrahim dan Khalid El Bakraoui telah melancarkan serangan di lapangan terbang Zaventem dan stesen metro Maalbeek, sementara pakar pembuatan bom Najim Laachraoui dikenalpasti oleh sumber polis sebagai pengebom lapangan terbang kedua.

Pihak berkuasa mempertingkatkan usaha memburu penyerang lapangan terbang ketiga, dilihat memakai topi dan jaket putih dalam gambar CCTV dari balai pelepasan Zaventem, di mana beg pakaian yang penuh dengan letupan gagal meletup bersama dua pengebom berani mati lain.

Raja Philippe Belgium (dua kiri) dan Ratu Mathilde menemui kakitangan perubatan Hospital Campus Gasthuisberg UZ di Leuven, di mana mangsa serangan Brussels yang cedera menerima rawatan. – AFP
Raja Philippe Belgium (dua kiri) dan Ratu Mathilde menemui kakitangan perubatan Hospital Campus Gasthuisberg UZ di Leuven, di mana mangsa serangan Brussels yang cedera menerima rawatan. – AFP

Tiga tersangka yang dikenalpasti berada di sebalik serangan berkembar, yang membunuh 31 orang dan mencedera 300 yang lain, telah dikaitkan dengan serangan Paris pada November lalu, menekankan ancaman yang dihadapi oleh negara Eropah daripada kumpulan jihad.

Turki berkata ia telah menahan Ibrahim El Bakraoui berhampiran sempadan Syria pada Jun 2015 dan menghantarnya pulang sebagai “pejuang pengganas asing,” memberikan lebih banyak tekanan kepada pihak berkuasa Belgium yang telah menghadapi kritikan kerana gagal mengatasi ancaman pelampau.

Pendakwa Frederic Van Leeuw mendedahkan Ibrahim telah meninggalkan satu “wasiat” terdesak di sebuah komputer yang dibuangnya dalam tong sampah, di mana dia berkata dia rasa “diburu” dan menambah “Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan.”

ARTIKEL YANG SAMA