Tiga perlawanan Piala Presiden diteruskan

Tiga perlawanan Piala Presiden diteruskan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Oktober – Kejohanan Piala Presiden 2016 diteruskan lagi dengan tiga perlawanan bagi kedua-dua bahagian iaitu bagi Sukan Sofbol Lelaki dan Perempuan.

Pada perlawanan hujung minggu ini yang diadakan di Kompleks Sukan Jerudong, menyaksikan Pasukan Chikara berjaya menewaskan Pasukan Divas dengan mata 21-6.

Sementara itu, pada sebelah pagi hari ini pula menyaksikan Pasukan Black Arrow menentang Pasukan Gunners di tempat yang sama dan berkesudahan dengan kemenangan di pihak Pasukan Black Arrow dengan mata 5-3.

Antara aksi pemain pada kejohanan tersebut.
Antara aksi pemain pada kejohanan tersebut.

Manakala satu lagi perlawanan pada sebelah petang menyaksikan Pasukan Wanderers tampil sebagai pemenang apabila berjaya menewaskan Pasukan Zombies dengan mata 7-3. Menurut pihak penganjur, perlawanan bagi Bahagian Lelaki akan diteruskan lagi pada 23 Oktober di tempat yang sama antara Pasukan Gunners menentang Wanderers dan Black Arrow menentang Zombies.

Manakala Bahagian Perempuan pula akan diteruskan dengan pusingan kedua di antara pasukan yang bakal mendapat tempat kedua menentang pasukan di tempat ketiga dan pemenang akan bersaing dengan juara kumpulan bagi merebut kejuaraan tahun ini.