Tiga peserta cilik bertuah

Tiga peserta cilik bertuah

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mac – Tiga peserta cilik bertuah iaitu Dayang Siti Noor Alyaa Syahirah, 8, Awang Ifbnuirfan, 7, dan Dayang Nur Iffa Aqilah, 6, masing-masing memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga dalam Peraduan Mewarna Ultraman, yang diadakan di ruang legar Freshco, hari ini, di sini.

Ketiga-tiga pemenang bertuah itu masing-masing menerima hadiah tiket menyaksikan persembahan ‘Ultraman Live in Brunei 2016’ nanti yang bernilai $50, $38 dan $28 yang disampaikan oleh salah satu karakter Ultraman, Ultraman Mebius.

Seramai 20 penyertaan diterima pada peraduan diadakan di FreshCo, Batu Satu bermula kelmarin yang dibukakan kepada kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun.

Acara diakhiri dengan sesi bergambar untuk orang ramai yang berkunjung ke Freshco.

Para pemenang bergambar ramai bersama keluarga masing-masing.
Para pemenang bergambar ramai bersama keluarga masing-masing.

ARTIKEL YANG SAMA