Tiga peserta wakili Brunei ke Cabaran Badang 2016

Tiga peserta wakili Brunei ke Cabaran Badang 2016

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Okt – Seramai tiga peserta negara berlepas hari ini ke Malaysia bagi menyertai Cabaran Badang 2016 yang akan diadakan di Dataran Badang, Kampung Labu Kubong, Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan, Malaysia bermula 14 hingga 16 Oktober ini.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas bagi mengucapkan selamat belayar ialah penaja utama bagi Chainblock Gym, Lim Boon Kheng dan Hong Kim Seng serta ahli-ahli keluarga.Tiga peserta tersebut merupakan ahli dari Chainblock Gym iaitu Farizuz bin Lakong, Jefri Sahta bin Haji Mohd Tamin dan Pengiran Roslannie bin Pengiran Haji Jumat.

Mereka juga merupakan peserta yang berpengalaman dan pernah menyertai serta memenangi beberapa acara cabaran orang kuat termasuk Orang Terkuat di Kota Kinabalu dan Orang Terkuat Limbang, baru-baru ini.

Pertandingan orang kuat yang membawa moto ‘Berani untuk menjadi yang terkuat’ itu akan menguji para peserta bukan sahaja daripada segi kekuatan dan ketangkasan mereka tetapi juga dari segi daya ketahanan mereka. Johan bagi kejohanan itu akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM4,500, piala dan pingat.

Tiga orang peserta dari Chainblock Gym yang akan menyertai Cabaran Badang 2016 bergambar ramai bersama Lim Boon Kheng dan Hong Kim Seng, sebelum berlepas ke Malaysia, kelmarin.
Tiga orang peserta dari Chainblock Gym yang akan menyertai Cabaran Badang 2016 bergambar ramai bersama Lim Boon Kheng dan Hong Kim Seng, sebelum berlepas ke Malaysia, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA