Tiga pulau di selatan Thailand ditutup

Tiga pulau di selatan Thailand ditutup

BANGKOK, 26 Mei – Tiga pulau di Phuket di selatan Thailand ditutup kepada para pelancong untuk melindungi terumbu karang yang semakin terancam, kata pegawai Marin Thailand lapor agensi berita China Xinhua pada Rabu.

Pulau-pulau kecil itu ialah Koh Khai Nai, Khai Nok serta Khai Nui dan kesemua kemudahan untuk aktiviti pelancongon turut ditutup kepada para pelancong sejak 80 peratus terumbu karang di kawasan berkenaan musnah. – Bernama