Tiga rakyat Venezuela tercedera serangan Paris

Tiga rakyat Venezuela tercedera serangan Paris

CARACAS, 16 Nov (AFP) – Tiga rakyat Venezuela tercedera di sebuah dewan konsert Bataclan semasa serangan di Paris, duta Perancis ke Caracas berkata semalam.

“Ada tiga rakyat Venezuela telah tercedera. Kedutaan Venezuela di paris kini berhubungan dengan pihak berkuasa kita, dengan penubuhan sebuah pusat krisis di Kementerian Luar, untuk mengikuti keadaan semasa,” kata Duta Besar Frederic Desagneaux pada satu majlis di Caracas menghormati mangsa serangan Jumaat.

Dewan Bataclan yang menganjurkan sebuah konsert anggota kumpulan dari Amerika, dijadikan sebagai tempat pembunuhan beramai-ramai yang paling teruk dalam siri serangan yang menggemparkan ibu negara Perancis. Seramai 89 daripada 129 mangsa terbunuh di sana.

Kementerian Luar Venezuela berkata ia tidak boleh lagi mendedahkan nama-nama mangsa ‘bagi menghormati keluarga mangsa.’

Lebih daripada 20 warga asing adalah antara 132 orang yang cedera dalam serangan itu. Kumpulan Negara Islam IS mendakwa melakukan serangan itu.