Tiga ribu mangsa banjir di India dipindahkan

Tiga ribu mangsa banjir di India dipindahkan

VARANASI, India, 26 Ogos – Hampir 3,000 orang dipindahkan di kawasan terpencil timur laut India selepas sebuah tasek yang terhasil daripada satu runtuhan tanah mengancam nyawa mereka, walaupun apabila paras air sudah stabil di kawasan utara yang paling teruk terjejas, kata pegawai hari ini.

Rakesh Ranjan, pegawai Pasukan Respon Bencana Nasional, berkata usaha menyelamat pada minggu ini diadakan di daerah pergunungan Mangan di negeri Sikkim.

Namun kesengsaraan telah pun reda, dengan hujan berkurangan sejak tiga hari lalu di negeri Uttar Pradesh di mana 200,000 orang telah berpindah ke pusat bantuan dengan rumah kampung mereka ditenggelami, kata Deepak Singhal, pegawai kanan negeri.

Helikopter tentera udara menggugurkan paket makanan kepada beribu-ribu penduduk di daerah Allahabad di mana beribu-ribu orang memilih untuk tinggal di tingkat atas rumah mereka yang dibanjiri dan menunggu untuk air surut daripada berpindah ke kem bantuan, kata pegawai.

Seorang lelaki berjalan melalui kawasan yang ditenggelami air di Dashashwamedh Ghat di Varanasi pada 23 Ogos 2016. Hampir 3,000 orang dipindahkan di kawasan terpencil timur laut India selepas sebuah tasek yang terhasil daripada satu runtuhan tanah mengancam nyawa mereka. - AFP
Seorang lelaki berjalan melalui kawasan yang ditenggelami air di Dashashwamedh Ghat di Varanasi pada 23 Ogos 2016. Hampir 3,000 orang dipindahkan di kawasan terpencil timur laut India selepas sebuah tasek yang terhasil daripada satu runtuhan tanah mengancam nyawa mereka. – AFP

Mati lemas, terkena renjatan elektrik atau kecederaan akibat rumah yang roboh telah membunuh sekurang-kurangnya 175 orang, kebanyakannya di negeri Bengal Barat, Assam, Uttar Pradesh dan Bihar ketika musim monsun sekarang, yang berlaku dari Jun hingga September.

Banjir telah menghalang beribu-ribu jemaah yang biasanya beratur di ghat, atau steps, menuju ke Ganges untuk mandi dalam sungai. Ghat telah ditenggelami oleh air banjir.

Usha Devi, suri rumahtangga berusia 50 tahun, suami dan tiga anak perempuannya meninggalkan rumah mereka yang ditenggelami berhampiran tebing su-ngai di Varanasi di Uttar Pradesh lebih seminggu lalu.

“Kami sedang menetap di kem bantuan dan sedang diberi makan oleh kerajaan negeri,” katanya. – AP