Tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran

Tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran

KOTA KINABALU, 21 Okt – Tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran membabitkan tiga buah rumah di Lorong Bunga Raya, Taman Bunga Raya Kepayan dekat sini awal pagi tadi.

Mayat Yong Vy Keong, 70, Chong Fui Yuen, 50, dan Peter Yong, 30, ditemui rentung di dalam tandas, bilik tidur dan dapur di sebuah rumah yang dipercayai kebakaran bermula kira-kira 1 pagi.

Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata kejadian turut memusnahkan empat buah kenderaan. Punca kebakaran masih disiasat, katanya. – Bernama