Tiga serangkai Barca terus meledak

Tiga serangkai Barca terus meledak

BARCELONA, 29 Nov (Reuters) – Barcelona terus mempertahankan empat mata di depan dalam saingan La Liga apabila mencatat kemenangan 4-0 ke atas Real Sociedad semalam, dengan penyerang tiga serangkainya Messi, Neymar dan Luis Suarez meledak gol.

Jaringan awal dari Antione Girezman pula membolehkan Atletico Madrid mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Espanyol yang mengekalkan mereka empat mata di belakang Barca sementara Celta Vigo berada di belakang Real Madrid dengan perbezaan jaringan di tempat keempat selepas jaringan lewat Nolito memberikan mereka kemenangan 2-1 di tempat sendiri menentang Sporting Gijon. Pemain gantian Carlos Castro menyamakan kedudukan bagi Sporting selepas jaringan pembukaan Fabian Orellanan, tetapi lima minit sebelum tamat, sepakan keluar dari penjaga gol Ivan Cuellar melantun mengenai Nolito dan menerjah ke gawang.

Barca mencatatkan 33 mata dari 13 perlawanan dengan Atletico Madrid dengan 29 mata. Real, yang dikalahkan 4-0 oleh Barca hujung minggu lalu dan sekarang ketinggalan sembilan mata, menentang Eibar pada hari ini.

Dalam perlawanan lain, Deportivo La Coruna melonjak di tangga kelima dengan kemenangan 2-0 ke atas Las Palmas dan Malaga seri 2-2 menentang Granada.

Neymar (kiri) menjaringkan gol pada perlawanan La Liga menentang Real Sociedad di Stadium Camp Nou di Barcelona, Sepanyol, pada 28 November 2015. – Agensi
Neymar (kiri) menjaringkan gol pada perlawanan La Liga menentang Real Sociedad di Stadium Camp Nou di Barcelona, Sepanyol, pada 28 November 2015. – Agensi

Neymar menjaringkan gol menerusi hantaran lintang Dani Alves selepas minit ke-22 dan sekali lagi Alves memberikan umpanan bagi Suarez yang berjaya menewaskan penjaga gol Real, Geronimo Rulli sebelum berakhir separuh masa pertama untuk membawa jumlah jaringannya kepada 11 gol dalam tujuh perlawanan.

Penjaring terbanyak La Liga, Neymar mengumpulkan jumlah jaringannya kepada 14 gol musim ini ketika dia menyudahkan hantaran lintang dari Jeremy Mathieu selepas 53 minit dan pada masa tambahan memberikan umpanan kepada Messi untuk menjaringkan gol dari jarak dekat. Menariknya, persembahan terbaru trio itu bermakna Messi, Neymar dan Suarez setakatnya menjaringkan 125 gol di antara mereka dalam semua persaingan bagi Barca dalam kalendar setahun.

“Diantara mereka, mereka bersama-sama sepanjang masa dan objektifnya adalah bagi mereka untuk merasa gembira bagi apa yang berlaku apabila mereka menjaringkan gol,” Alves memberitahu wartawan.

Suarez boleh meletakkan Barca di depan dalam masa tiga minit ketika dia meluru tetapi Rulli berjaya untuk menghalang rembatannya dan penjaga gol Real terpaksa berhati-hati sekali lagi untuk mendapatkan bola dari kaki Neymar, yang cuba untuk menewaskannya.

Andres Iniesta hampir menambah jaringan dengan tandukan dari hantaran lintang Suarez tetapi bola tersasar ke kiri gawang.

Alves yang membuat hantaran bagi Nyemar untuk menyudahkan jaringan di atas gawang dengan ledakan kaki kirinya dan dengan Barca terus memberikan tekanan, ia adalah Alves sekali lagi, yang mendapatkan hantaran dari Iniesta, yang membuat hantaran lintang untuk Suarez menjaringkan gol.

ARTIKEL YANG SAMA