Tiga suspek pengedar dadah ditahan di Labuan

Tiga suspek pengedar dadah ditahan di Labuan

LABUAN, 24 Julai – Polis menahan tiga lelaki disyaki pengedar dadah dalam pergelutan dekat sebuah gudang di Kg Saguking di sini, semalam.

Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman hari ini berkata, tiga lelaki berkenaan berumur 32, 34 dan 41 tahun, ditahan bersama-sama satu bungkusan plastik mengandungi 13.43 gram syabu. Mereka sedang menunggu dalam sebuah kereta Toyota Vios dekat gudang Sebor apabila polis narkotik menghampiri mereka pada 4.50 petang, katanya.

Mereka terlibat dalam pergelutan dengan anggota polis berkenaan dan cuba melarikan diri, katanya dan menurutnya seorang daripada mereka membuang satu bungkusan plastik ke bawah kereta itu.

Pasukan polis berjaya menahan mereka, katanya dan menurutnya suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Bernama