Tiga syarikat dikenakan denda

Tiga syarikat dikenakan denda

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mac – Tiga buah syarikat telah dikenakan denda kompaun apabila didapati tahap kebersihan persekitaran tidak memuaskan dan terdapat pembakaran terbuka dilakukan di tempat yang tidak dibenarkan, dalam pemeriksaan mengejut ke atas beberapa gudang /stor syarikat perniagaan di kawasan Perindustrian Salambigar, semalam.

Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Brunei dan Muara mengeluarkan denda berkenaan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil (Penggal 30).

Manakala itu, menurut kenyataan Jabatan Daerah Brunei dan Muara lagi, pada hari sebelumnya, sebuah lagi syarikat turut dikenakan denda yang sama.

Sampah dibuang sesuka hati di tempat yang tidak sepatutnya.
Sampah dibuang sesuka hati di tempat yang tidak sepatutnya.
Pembakaran terbuka dilakukan di kawasan syarikat.
Pembakaran terbuka dilakukan di kawasan syarikat.

Sehubungan itu, pihak jabatan mengingatkan para peniaga, pengusaha, penjaja, pemilik syarikat serta orang ramai agar memberikan kerjasama bagi memelihara kebersihan di persekitaran kawasan perniagaan dan alam sekitar.

Mana-mana individu atau syarikat didapati membuang sampah di tempat awam atau di tempat yang tidak dibenarkan, jabatan berkenaan tidak akan teragak-agak akan mengambil tindakan dan denda tidak melebihi $1,000 akan dikenakan bagi kesalahan pertama.

ARTIKEL YANG SAMA