Tiga syarikat penerbangan China lapor keuntungan bersih

Tiga syarikat penerbangan China lapor keuntungan bersih

SHANGHAI, 31 Mac (AFP) – Tiga syarikat penerbangan terbesar China melaporkan keuntungan bersih yang meningkat pada 2015 meskipun pertumbuhan ekonomi negara paling negara dalam satu suku abad, tatkala lebih ramai warga China berkunjung ke luar negara.

Minyak jet yang lebih murah membantu kemerosotan, namun kerugian daripada tukaran asing menjejas apabila mata wang yuan China merosot berbanding dolar, kata mereka.

“Dengan kemelesetan dalam pertumbuhan ekonomi dunia, dan kesukaran dalam pemulihan global, China berdepan dengan tekanan ekonomi yang negatif,” kata China Southern Airlines dalam satu kenyataan lewat semalam.

Namun keuntungan bersihnya bertambah lebih dua kali ganda pada tahun lalu kepada 3.74 bilion yuan, katanya.

Angka tersebut merosot kurang daripada jangkaan penganalisis sebanyak 3.9 bilion yuan, menurut angka purata yang dikumpul oleh Bloomberg News.

ARTIKEL YANG SAMA