Tiga tan kokain disita

Tiga tan kokain disita

MADRID, 5 Jan (AFP) – Sepanyol berkata, mereka telah merampas tiga tan kokain dan menahan dua belas penyeludup dadah yang disyaki dari Sepanyol, Britain dan Belanda.

Rampasan di barat laut Galicia adalah ‘jenis dadah yang paling banyak di tanah Galicia sejak tahun 1999,’ kata polis dalam satu kenyataan, tanpa mendedahkan waktu operasi dijalankan.