Tiga tentera ...

Tiga tentera Pakistan maut akibat ledakan bom di tepi jalan

PESHAWAR, Pakistan, 13 Feb – Bom tepi jalan membunuh tiga orang tentera paramilitari Pakistan di kawasan bertikai suku kaum barat laut yang bersempadan dengan Afghanistan, menurut para pegawai hari ini.

Bahan letupan improvisasi meletup ketika tiga orang anggota tentera itu melakukan rondaan semalam dengan bermotosikal di kampung Taikhola di daerah suku kaum Selatan Waziristan.

“Tiga tentera Pasukan Sempadan terbunuh dalam letupan ketika rondaan di South Waziristan,” seorang pegawai kanan keselamatan memberitahu AFP, dengan menambah kata bom itu telah meletup secara terpencil.

Serangan itu berlaku ketika ketua turus tentera berpengaruh Jeneral Qamar Javed Bajwa telah melawat daerah, menurut ketenteraan itu, dengan mengesahkan tentera-tentera telah terbunuh.

Selatan Waziristan adalah salah sebuah dari tujuh kawasan suku kaum separa autonomi yang mana pihak ketenteraan telah lebih sedekad menentang militan-militan yang mempunyai kaitan dengan Taliban dan Al-Qaeda.

Para wartawan tidak dibenarkan memasuki kawasan-kawasan itu dan adalah sukar untuk mengesahkan insiden itu yang dilaporkan oleh pihak tentera atau kumpulan militan.

Pihak tentera telah melancarkan operasi pada Jun 2014 di kawasan berhampiran, Utara Waziristan untuk menghapuskan pangkalan militan di kawasan suku kaum dan menamatkan pemberontakan yang telah mengorbankan beribu-ribu orang awam sejak 2004.

Hasil dari operasi itu keselamatan semakin baik. Serangan masih berlaku, tetapi kurang dari sebelumnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA