Tiga tentera suspek pembunuhan dilepaskan

Tiga tentera suspek pembunuhan dilepaskan

BANDAR MEXICO, 15 Mei (AFP) – Tiga tentera Mexico yang dituduh menyertai dalam pembunuhan beramai-ramai 22 anggota geng yang disyaki telah dibebaskan oleh hakim kerana kekurangan bukti, menurut para pegawai, yang mengejutkan kumpulan hak asasi kemanusiaan.

Tentera-tentera itu yang terakhir dari tujuh orang yang pada awalnya di dakwa dituduh membunuh lapan anggota geng yang disyaki dalam pembunuhan kejam di sebuah gudang di tengah perbandaran Tlatlaya pada 30 Jun 2014.

Pihak tentera pada awalnya berkata 22 orang tersangka dibunuh dalam kejadian tembak menembak.

Tetapi seorang wanita yang terselamat berkata kebanyakan yang dibunuh termasuklah anak perempuannya yang berusia 15 tahun, telah dibunuh oleh tentera-tentera selepas menyerah diri.

Empat orang tentera yang diberkas telah pun dibebaskan Oktober lalu kerana kurangnya bukti.

Perintah dalam kes ini terhadap tiga orang lagi tentera yang masih ada, hakim mendapati pihak kerajaan sekali lagi gagal untuk membuktinya kesnya, menurut pejabat pihak pendakwa Jumaat lalu dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun pejabat peguam negara berkata dalam satu kenyataan Sabtu lalu bahawa ia akan memberikan ‘bukti yang membuktikan kesalahan’ tiga tentera itu ‘dengan mereka ditangkap semula dan secara rasmi diproses.”

Pejabat itu berikrar akan ‘melaksanakan semua langkah perlu untuk memberi bukti yang diperlukan untuk menghalang jenayah yang telah dilakukan di Tlatlaya ‘terlepas tanpa dihukum.”